Thursday, March 5, 2009

Kesal bil elektrik tiga bulan sekali

Penduduk kaum Cina dan Siam di sini menyuarakan perasaan kesal di atas pihak pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengeluarkan bil penggunaan elektrik tiga bulan sekali. 

Ketua Pemuda MCA Tumpat, Pui Tiong Lam berkata, sejak akhir-akhir ini pihak TNB ke rumah penduduk melibatkan Kampung Jambu, Kik Seraya, Kubang Bembam dan Kampung Mentua tiga bulan sekali dan tidak seperti sebelum ini yang mengeluarkan bil sebulan sekali. 

Katanya, keadaan ini menyebabkan penduduk keliru untuk menjelaskan bil elektrik sekiranya mereka menggunakan elektrik di bawah RM20 sebulan. 

Menurutnya, jika tiga bulan sekali, pasti jumlah bil tersebut bukan lagi bawah RM20 tetapi hampir kepada RM60 dalam satu bil. 

“Sedangkan sekiranya dibuat pemeriksaan setiap bulan, penduduk ini akan terlepas daripada bayaran bil elektrik ini berdasarkan pengumuman kerajaan bahawa mana-mana penggunaan elektrik di bawah RM20, ia tidak perlu dibayar,” katanya. 

:Katanya, lebih kesal lagi apabila mereka mengajukan masalah tersebut, pihak TNB tidak dapat memberi penjelasan yang diharapkan. 

“Akibatnya, ramai penduduk mengadu masalah ini kepada saya dan ada sesetengahnya menjelaskan bil tiga bulan tersebut, padahal sekiranya dibahagi untuk tiga bulan, dia sepatutnya terlepas daripada bayaran penggunaan elektrik ini kerana di bawah RM20,” katanya. 

Menurutnya, pengeluaran bil elektrik tiga bulan sekali ini menyusahkan penduduk miskin kerana mereka sukar untuk mengeluarkan wang mencecah ratusan ringgit dalam satu masa dan sekiranya lambat menjelaskan bil elektrik ini, bekalan elektrik pula akan dipotong. 

Tiong Lam berkata, begitu juga dengan pengeluaran bil anggaran oleh pihak TNB, ia juga menyusahkan pengguna apabila jumlah penggunaan elektrik dikira secara rambang dan bukan pengiraan yang tepat. 

“Ini juga akan mengelirukan apabila jumlah sebenar penggunaan elektrik itu di bawah RM20 sedangkan dalam bil anggaran jumlahnya melebihi RM20. 

“Bagi mengelakkan bil elektrik ini dipotong, pengguna menjelaskan dengan kadar segera dan ini menguntungkan pihak berkenaan,” katanya. 

Menurutnya, walau pun jumlah pembayaran itu akan ditolak, yang dipertikaikan di sini adalah sekiranya penggunaannya di bawah RM20, pengguna tidak perlu membayarnya. 

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak pengurusan TNB lebih kemas dan dapat memberi penjelasan yang sebaik-baiknya untuk mengelakkan kekeliruan pengguna lebih-lebih lagi pen
duduk miskin.

1 comment:

  1. Nice article...

    The Forex Page - The Foreign Exchange
    The Adsense Site - Guide to Online Adsense Earning

    ReplyDelete