Friday, March 27, 2009

Timbalan Presiden & Naib Presiden

Kepemimpinan baru Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak dilengkapkan kira-kira jam 10.30 p.m. semalam dengan isyarat jelas 2,509 perwakilan mahukan angin perubahan berdasarkan kemenangan calon yang rata-ratanya generasi baru. 

Petanda itu cukup nyata terutama bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang menyaksikan kemenangan ramai pemimpin muda, manakala pejuang lama tersingkir biarpun perwakilan menghargai jasa dicurahkan selama ini.

Semalam kita menyaksikan kemenangan Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh sebanyak 1,575 undi menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang meraih 919 undi.

Apapun, paling menarik pastinya jawatan Naib Presiden yang menyaksikan tiga pemimpin muda mencipta kemenangan iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan 1,592 undi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 1,515 undi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  - 1,445 undi.

Ketiga-tiga menteri Kabinet itu menewaskan pemimpin veteran seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Isa Samad, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Seorang lagi calon ialah Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

1 comment:

  1. Nice article...

    The Forex Page - The Foreign Exchange
    The Adsense Site - Guide to Online Adsense Earning

    ReplyDelete